dr.sidina chewan on October 26, 2010 at 1:43 am

Di bawah ini ingin saya menyatakan beberapa fakta sejarah yang melibatkan Laksmana Hang Tuah yang tidak pernah di tulis oleh sesiapa pun, Riwayat Hang Tuah telah di tulis ketika dia berkhidmat dengan sultan Melakam akan tetapi tidak ada ahli sejarah yang dapat menceritakan asal usul Hang Tuah sebelum dan selepas dia tiba di Melaka.

Tidak ada sesiapa pun menulis tentang peradaban sebenar bangsa Melayu yang telah bermula dari banjara Mahamiru dan persekitaran Laut Mulayu bermula sejak 28 ribu tahun yang silam apabila moyang awal rumpun Melayu datok Balang dan Sang Mujung datang dari Edan dan memilih Banjaran Mahamiru [Pantai Timur Tanah Melayu]sebagai tempat menyemai benih rumpunnya yang amat terasyia itu, yang datang dari percikan keturunan Nabi Adam yang senantiasa mengesakan Tuhan dari awal hingga akhir zaman.yang datok Balang Sang Mujung menamakannya MULAYU- cendana yang amat indah dan mewangi mengharumi persekitaran Mahamiru [sekarang gunung Tebu]

Dari Banjaran Mahamirulah puloh ribu tahun kemudiannya rumpun Melayu mengembara membadai laut dan gelombang mengharung lembah dan danau dengan penuh kegigihan dan semangat waja menghuni ke seluruh laut selatan, pertama mereka meneroka dataran Mekong dari Telok Siam ke Indo China,kemudian yang lain turun ke kepuluan selatan Andalas dan pentas Sunda, yang lain pula merempuh gelombang ganas ke puluan Filpina,Kalimatan dan sejauh Madagasegar dan banyak lagi, itulah riwayat keperkasaan Rumpun Melayu di zaman purba.
Diantara ribuan kastaria agong rumpun Melayu ini di perlbagai zaman banyak nama-nama agong yang hilang tidak timbul-timbul diantaranya; pemerintah BENUA MU[MU CONTINENT]bernama Srikandi CHE WAN EZZAH 16 BC. Srikandi Che Wan Radhiah 14 BC. Pendekar Rimba Jati Raja Tanjung Pura 7000 BC. Sang Saka raja pertama Langkasuka, Sang Merong, raja Tanjung Pura, Srimara Mek Matahari ratu Kuangwan,800 BC.DLL.

Riwayat panglima besar Hang Tuah bermula dari moyang awalnya yang menguasai LEMBAH NANGGIRI Hulu Kelantan yang bernama HANG NYANYA 11 ribu tahun dahulu, moyanhnya yang terkemudian adalah Hang Sekebal panglima Sauvana bhumi [Setiu]seterusnya di zaman keagongan Besut yang mutakhir iaitu di akhir kurun ke tiga belas Hang Tuah di lahirkan Di Pulau Duyung [Terengganu] PADA 23hb.May tahun Masihi 1395. ketika berusia 15 tahun mengikut ayahandanya Hang Mahmood berhijrah ke negeri baru MELAKA iaitu TM 1410 di negeri baru Melaka dia bertemu dengan susur galurnya Hang Jebat yang berhijrah dari SAMPURNA [Sabah]Hang Kasruri dari Pagar Ruyung, Hang Lekir dari Bukit Siguntang dan Hang Lekiu dari Tumasik.

Disana mereka berlima berpakat berguru Pancasona mengikut tridisi susur galornya miliki lima asna yang maha perkasa dari atma persilatan pancasona yang diwarisinya sejak Hang Nyanya lagi.

Selepas kecewa dengan telatah sultan Melaka apa lagi hilangnya paksi gabongan irama pancasona yang sakti itu dia meninggalkan Melaka ke Bentang kemudian ke Gunung Ledang akhir sekali pulang ke Terengganu bertapa di Gunung Tembat ketika usia mencecah 100 tahun, dan meninggal di GUNUNG TEMBAT ketika usia 115 tahun.- sidina chewan


dr.sidina chewan on October 28, 2010 at 8:04 am

Terima kasih saudaraku Anak Waris, kerana telah cuba menerima hakikat sebenar keperkasaan bangsa MELAYU dalam siasah dan ikhitas zaman primula yang telah keseluruhannya di lupuskan oleh bangsa-bangsa asing selepas politik dan ekonomi bangsa Melayu di mupliskan kemudiannya! kerana kealpaan jenerasi Melayu pewaris sebelum kita!,Atas dasar mencari hakikat itulah saya telah mengembara dan mempelajari pelbagai bahasa asing dan mengkaji kebudayaan mereka sehingga saya telah mendapat kepastian bahawa bahasa MELAYU PURBA telah menjadi bahasa sumber rujukan kepada bahasa LATIN dan SANSKRIT, kedua-dua bahasa klasik itu telah diwujudkan dizaman kecermelangan bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu yang telah wujud puloh ribu tahun lebih awal dari mereka masih terus kekal sehingga hari ini akan tetapi bahasa tiruan itu sudah pupus cuma menjadi sebutan dalam upacara pemujaan agama mereka sahaja!
Satu lagi diantara ribuan sejarah orang-orang Melayu yang telah dilupuskan seperti mutakhirnya; dalam tahun 767 Masihi di era keaggongan mutahhir bangsa Melayu iaitu Raja Sarpini pemerintah empayar Melayu Srivijaya di Laut Mulayu,yang berpusat di kota Takula [Kuala Setiu] telah mendengar ura-ura maharaja China penguasa utara Khemir,mahu memotong kepalanya.Mendengar dari perisiknya itu baginda amat murka langsong tanpa bicara panjang terus memimpin 50 ribu laskar Lautnya menyerang Tanah Besar.[The Malay Fleets attacked China]. sebelum mendarat tentera laut Melayu itu di hadang oleh angkatan Laut China pimpinan Guar Chee.Raja Sarpini berjaya melumpohkan angkatan Guar Chee itu dalam perang besar di Laut Mulayu Utara.
Baginda kemudiannya mengempur Tanah Besar China dan dalam misi itu telah berjaya memotong kepala Raja itu dan akhirnya Raja Sarpini mengepong Tembok Besar China, selepas beberapa lama mengepongnya China minta perdamaian,selepas berdama Raja Sarpini menarik balik laskarnya dari bumi China! itu diantara sejarah keperkasaan Melayu yang sengaja tidak di tulis!

Melayu masa kini bermegah atas kekalahan bangsanya, seperti bermegah-megah dengan kekalahan Melaka ketangan Purtugis,betapa tidaknya cuba lihat di Melaka sekarang! jumpa lagi.


dr.sidina chewan on October 29, 2010 at 1:18 am

Sdr.Anak Waris,Riwayat kono Bangsa Mulayu banyak tercatat dalam skrip purba asing yang sukar di olah, perkataan “Benua Mu” nama kepada Benua Mulayu yang tenggelam itu masih ada terpahat di sebuah pagoda di Nepal. sudah lebih dua puloh tahun saya menyusun riwayat primula Melayu dalam bahasa Melayu masakini tapi masih belum siap lagi sepenuhnya,doakan muga-muga bahan-bahannya dapat di sempurnakan secepat mungkin untuk percetakan. ....JinAir~ sekadar nak kongsi ngan kengkawan apa yang terbaca.. :)